• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sawit: Malaysia Mahu Lawat AS Pulih Persepsi

oleh Mohd Arshad
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) merancang untuk mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini bagi memulihkan kembali persepsi pengeluaran sawit Malaysia di negara tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah global yang sudah pun dijalankan oleh kementerian tersebut dengan melawat beberapa negara dalam Asia seperti Pakistan dan Turki.

Malah, beberapa negara lain seperti Dubai, Arab Saudi, Bangladesh, India dan Iran sudah pun dilawati untuk mengenal pasti potensi pasaran sawit di sana mengikut pasaran berdasarkan populasi.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamarudin berkata, selain jelajah global, KPPK turut menjalankan jelajah peringkat nasional dengan mengedarkan 300,000 buah buku ‘Mari Kenali Sawit’.

Menurutnya, bagi bacaan umum, kementeriannya sudah mencetak sebanyak 50,000 buah buku Minyak Sawit Malaysia: Fakta dan Mitos untuk diedarkan termasuk dalam jelajah antarabangsa.

“Pengeluaran sawit negara ini lebih banyak untuk dieksport berbanding domestik, kerana rakyat kita cuma 32 juta orang sahaja. Berbanding Indonesia, rakyatnya mencecah 300 juta, pengeluaran sawit mereka lebih banyak untuk kegunaan domestik.

“Kita akan pastikan bahawa kita dapat kawal pasaran negara besar dan potensi untuk mereka gunakan minyak sawit tinggi, maka kita akan ke negara sedemikian untuk perkukuhkan market share kita dalam industri sawit dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit di Klang Selangor, hari ini.

Zuraida menambah, jelajah tersebut juga mahu menafikan tuduhan tidak berasas terhadap negara yang dikatakan melakukan pembersihan hutan sehingga menyebabkan berlaku perubahan iklim dan menjejaskan alam sekitar.

Jelasnya, dasar negara menetapkan keluasan maksimum bagi perladangan sawit adalah seluas 6.5 juta hektar dan sehingga kini kegunaan tanah bagi tanaman sawit baru mencapai 5.8 juta hektar.

“Pokok sawit, sekali tanam boleh tahan sampai 40 tahun, tetapi dasar kita tetapkan 25 tahun mesti tebang dan tanam semula.

“Bagi minyak jagung, bunga matahari, berapa tahun agaknya boleh tahan sekali tanam? Tanaman mereka adalah mengikut tahunan, setiap tahun tanam dan tebang. Jadi siapa yang buat deforestation dan siapa lebih mampan?” soalnya.

UtusanOnline-

Tags: Amerika SyarikatMalaysiapersepsisawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd