• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Uji Peluru Berpandu Satan II

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin melancarkan ujian peluru berpandu yang digeruni, ‘Satan II’ sebagai amaran terhadap cubaan campur tangan Barat dalam krisis Ukraine, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Satan II atau nama asalnya, Sarmat RS-28 merupakan peluru berpandu nuklear yang berupaya mencapai jarak 18,0214 kilometer (km) dan boleh memusnahkan seluruh Britain.

Ia juga merupakan peluru berpandu balistik antara benua dengan jarak paling jauh di dunia.

Putin yang menyifatkan pelancaran itu sebagai peristiwa besar dan penting untuk tentera Russia berkata, Satan II boleh mengatasi semua sistem pertahanan moden.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (USA) memperlekehkan ujian itu dan menyifatkannya hanya latihan rutin oleh Moscow sekali gus tidak mendatangkan ancaman global.

Dilancarkan dari kemudahan Komosdrom Plesetsk di utara Russia, peluru berpandu itu mengenai sasaran sejauh 5,739 km di lapangan sasar tembak Kura, Semenanjung Kamchatka.

Jika peledaknya diisi penuh, Satan II boleh memusnahkan kawasan sebesar negara Perancis.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan, Putin mengucapkan tahniah kepada tentera Russia atas kejayaan ujian tersebut.

“Senjata yang benar-benar unik ini akan mengukuhkan potensi tempur angkatan tentera kita dan memastikan keselamatan Russia daripada ancaman luar.

“Pihak yang berniat untuk mencetuskan konflik dan bersikap agresif ke atas Russia negara akan berfikir dua kali untuk berbuat demikian apabila menyedari kewujudan Satan II,” ujar Putin.

Menurutnya, peluru berpandu nuklear itu mampu mengatasi semua bentuk pertahanan moden antipeluru berpandu.

Pengarah Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos), Dmitry Rogozin berkata, senjata itu adalah hadiah kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan semua penaja Ukro-Nazisme.

Ukro-Nazisme merujuk kepada propaganda luar biasa yang mendakwa bahawa Kiev diperintah oleh golongan yang menyokong idea Nazi.

Sementara itu, Pentagon memaklumkan bahawa pelancaran peluru berpandu Satan II telah dimaklumkan lebih awal oleh Moscow, justeru USA tidak meletakkan sebarang kebimbangan mengenainya.

Peluru berpandu jenis ‘Satan’ adalah senjata era Kesatuan Soviet (USSR) yang digunakan sejak tahun 1970-an, manakala Satan II dikatakan dibangunkan sejak 2000-an.

-Kosmo Online

Tags: Peluru BerpanduRussiaSatan II
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd