• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramalan Cuaca Buruk Di 6 Negeri Petang Ini

oleh Mohd Arshad
10/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Bentong, Pahang serta Sepang, Selangor yang bakal berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti.

Sementara itu, keadaan yang sama dilihat tertumpu di keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka.

“Di Negeri Sembilan, antara daerah yang mengalami hujan lebat berserta ribut petir petang ini adalah Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin.

“Bagi Johor pula, ia melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri tersebut.

Kosmo-

Tags: MetMalaysiaRamalan Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

Amaran Hujan Tahap Buruk Di 5 Daerah Di Kelantan Mulai Hari Ini – MetMalaysia

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd