• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pukul Isteri Dengan Kayu Kerana Cemburu

oleh AK-47
17/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk memukul isterinya dirampas polis di ladang kelapa sawit di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, suspek berusia 44 tahun sebelum itu bertengkar dengan mangsa, 42, yang bekerja sebagai kerani dan punca pergaduhan akibat cemburu.

Katanya, suspek yang juga penjual air direman selama empat hari bermula hari ini mengikut siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Pada Jumaat lalu jam lebih kurang 12.51 petang satu kejadian mendatangkan kecederaan melibatkan seorang wanita oleh suaminya berlaku di Ladang Sindora, Layang-layang.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Hajjah Khalsom.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira 3 petang semalam, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dibantu oleh anggota Balai Polis Layang-Layang telah membuat tangkapan terhadap suspek lelaki di ladang berkenaan beserta rampasan sebatang kayu, katanya ketika dihubungi.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu).

Terdahulu, tular di media sosial gambar dipercayai mangsa yang berlumuran darah berserta kenyataan dipercayai oleh ahli keluarga mangsa yang mahu mencari suspek.

-Harian Metro

Tags: cemburupukulpukul isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mosti Bangunkan Platform Perkongsian Data Mentah Penyelidikan

Next Post

Lebih 5 Juta Murid, Pelajar Bersekolah Seperti Biasa

Related Posts

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

Next Post

Lebih 5 Juta Murid, Pelajar Bersekolah Seperti Biasa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd