• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Pakistan Setuju Bubar Dewan

oleh AK-47
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi membubarkan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri, Imran Khan, sekali gus menggagalkan percubaan parti pembangkang untuk menggulingkan Imran daripada jawatannya.’

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

“Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi telah bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden.

Pengumuman itu bermaksud pilihan raya perlu diadakan dalam masa 90 hari.

Imran sebelum itu meminta Arif untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, beberapa minit selepas Timbalan Speaker Dewan Negara menolak untuk mendengar usul undi tidak percaya terhadap pemerintahannya.

Menerusi satu ucapan yang disiarkan stesen televisyen tempatan, Imran berkata, terdapat percubaan yang tidak boleh diterima untuk masuk campur dalam institusi demokrasi Pakistan. Ekoran itu, beliau menggesa agar kerajaan interim dibentuk bagi memberi laluan kepada pilihan raya.

“Saya telah menasihati Presiden untuk membubarkan parlimen. Kita akan melaksanakan pilihan raya dan biar rakyat yang menentukan,” katanya.

Tiada seorang pun Perdana Menteri Pakistan pernah melengkapkan satu penggal penuh sepanjang dilantik.

Imran kini berdepan dengan cabaran terbesarnya sejak diundi menerusi pilihan raya pada 2018 dengan pembangkang menuduh beliau gagal menguruskan ekonomi negara serta dasar luar yang tidak berkesan.

Kosmo-

Tags: pembubaran parlimenPilihan RayaPresiden Pakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd