• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Siku Muka Wanita

oleh AK-47
21/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Klang : Polis sedang menjejaki penunggang motosikal yang menyiku pembonceng wanita ketika melalui Jambatan Teluk Gadong, Jalan Sungai Bertih, di sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Video yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial itu dirakam salah seorang pengguna jalan raya sehingga menimbulkan kecaman nitizen.

Malah ada andaian ia dilakukan lelaki terbabit terhadap isterinya berikutan mangsa turut membawa anak kecil ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, video yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) salah seorang pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

“Semalam, polis mengesan satu video berdurasi 11 saat di laman sosial Facebook memaparkan kejadian seorang lelaki menunggang motosikal menyiku pembonceng iaitu seorang perempuan secara berulang kali.

“Semakan mendapati kejadian itu berlaku di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Siasatan menunjukkan seorang lelaki iaitu penunggang motosikal menyiku menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali ke arah bahagian kepala pembonceng motosikal yang dipercayai seorang perempuan,” katanya tadi.

Hoong Fong berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini identiti penunggang dan pembonceng motosikal masih belum dikenalpasti.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti individu terbabit.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.

-Harian Metro

@mynewshub 2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni.#fyp ♬ original sound – mynewshub

Tags: burulelakipolisSiku Muka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd