• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Kerajaan Rugi RM373,000 Dijerat Macau Scam

oleh Mohd Arshad
21/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM373,000 selepas terperdaya sindiket penipuan Macau Scam sejak November tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Wanita berusia 61 tahun itu juga dipaksa membuat pinjaman peribadi oleh sindiket berkenaan selepas wang simpanannya habis dikebas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Wan Aeidil Wan Abdullah berkata, wanita tersebut pada mulanya menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada syarikat insurans dan mengatakan mangsa telah membuat tuntutan bayaran rawatan serta perubatan kerana kemalangan.

Katanya, suspek kononnya telah menyambungkan panggilan tersebut kepada pegawai siasatan komersial Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Puan Yong.

“Suspek kemudian menyatakan mangsa terlibat pengubahan wang haram dan mengarahkan mangsa memasukkan kesemua wang simpanannya ke dalam satu akaun bank milik mangsa. Mangsa juga diminta mendaftar nombor telefon ke atas akaun terbabit.

“Mangsa yang terperdaya turut menyerahkan maklumat akaun kepada suspek sehingga menyebabkan berlaku pemindahan wang secara dalam talian tanpa pengetahuan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, transaksi pindahan wang dibuat sejak November tahun lalu hingga bulan ini dan sindiket tersebut juga memaksa wanita itu membuat pinjaman peribadi apabila semua wang mangsa habis dikeluarkan.

“Ini menyebabkan mangsa mengalami kerugian sehingga RM373,000 dan mangsa hanya menyedari ditipu apabila membuat semakan wang dalam akaun dengan hanya berbaki RM124.20. Mangsa kemudian membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Arau semalam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan mendapati dua talian telefon yang digunakan suspek bersangkut dengan 25 kes di seluruh negara. Kami ingin nasihatkan kepada orang ramai supaya tidak panik dan berhati-hati dengan panggilan sedemikian,” jelasnya.

Seterusnya beliau berpesan supaya orang ramai membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengikuti apa-apa arahan yang dibuat oleh individu melalui talian yang tidak dikenali.

UtusanOnline-

Tags: Macau ScamPesara KerajaanRugi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Pesara RM250

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd