• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertahanan Terakhir Ukraine Enggan Menyerah Diri, Mohon Jaminan Keselamatan

oleh Mohd Arshad
21/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZAPORIZHZHIA: Pertahanan terakhir Ukraine di Mariupol yang tewas enggan menyerah diri, namun merayu supaya diberikan jaminan keselamatan ketika tentera Russia didakwa hampir menguasai sepenuhnya bandar strategik terpenting itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mariupol dalam kepungan hampir sejak pencerobohan bermula, dengan serangan tembakan berleluasa sehingga meninggalkan kemusnahan di bandar pelabuhan itu dan memaksa kebanyakan 450,000 penduduk di situ melarikan diri.

Semalam, Moscow mendakwa ada menerima panggilan dari pertahanan bandar itu untuk menyerah diri.

Bagaimanapun, peringatan terakhir berlalu dan tentera Ukraine yang berdiri teguh bertindak bersembunyi di kilang keluli Azovstal yang luas.

Kawasan itu turut menjadi tempat perlindungan kira-kira 2,000 orang awam, menurut seorang penasihat kepada datuk bandar.

AFP tidak dapat mengesahkan angka itu.

Mereka menggambarkan ia ‘situasi yang mengerikan’ di kompleks yang dikepung itu mendakwa, orang awam yang terperangkap kebanyakannya wanita dan kanak-kanak tanpa air minuman, makanan serta udara segar.

Seorang komander Ukraine di kilang itu semalam mengemukakan rayuan terdesak untuk mendapatkan bantuan, sambil mendakwa Russia gagal memenuhi janji untuk membenarkan orang awam keluar dari bandar dengan selamat.

“Saya ingin menyeru semua warga dunia yang bertamadun untuk menyertai jaminan keselamatan,” kata Timbalan Komander Rejimen Azov, Kapten Sviatoslav Palamar dalam satu kenyataan.

Palamar menambah, orang awam dalam kilang itu berada dalam ketakutan kerana serangan berterusan.

Mariupol menjadi simbol penentangan sengit Ukraine yang tidak dijangka sejak tentera Russia menyerang negara bekas republik Soviet itu pada 25 Februari lalu.

BHonline-

Tags: keselamatanRusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd