• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengilang, Pengimport Pelitup Muka Wajib Buat Perakuan SIRIM

oleh AK-47
05/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi kenyataannya memaklumkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 telah diwartakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.

“Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan dalam perintah ini,” katanya pada Selasa.

Menurut kementerian itu, penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna.

“Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan,” katanya.

Tegas KPDNHEP, kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan syarikat didenda sehingga RM200,000 atau RM500,000 bagi kesalahan kedua.

Bagi kesalahan individu pula, mereka boleh didenda RM100,000 atau dijel sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, individu tersebut boleh didenda RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Pengilang Pelitup MukaPenigmport Pelitup MukaPerakuan SIRIMSirim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kompromi Pengunduran Rusia – Zelenskyy

Next Post

Varian XE Belum Dikesan Di Malaysia

Related Posts

SIRIM Akan Selesaikan Audit Teknologi 170 Firma

10/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Organisasi penyelidikan dan teknologi, SIRIM Bhd, dijangka akan menyelesaikan audit teknologi ke atas 170 syarikat dalam pelbagai...

Alat Jimat Tenaga Tanpa Kelulusan Sirim Bahaya

06/02/2017
0

SIK - Penggunaan alat penjimatan tenaga elektrik yang tidak mempunyai kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) boleh menjurus...

Next Post

Varian XE Belum Dikesan Di Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd