PUTRAJAYA : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya penggunaan aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, dikaji bagi penggunaan yang berkesan dalam fasa peralihan ke endemik.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mesyuarat MPN, hari ini, mendengar pandangan daripada ahli majlis dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengenai penggunaan aplikasi terbabit dalam situasi negara sudah memasuki fasa peralihan berkenaan.
“Dalam penjelasan oleh Dr Noor Hisham, (beliau memaklumkan) Kementerian Kesihatan (KKM) berpendapat ia masih perlu.
“Ini kerana banyak data berkenaan masih diguna pakai untuk memastikan kawalan COVID-19 dalam keadaan tahap yang baik dan terkawal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini.
-Berita Harian

