• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOTAC Buka Semula Permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022

oleh AK-47
04/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula tempoh permohonan Bantuan Kewangan Tahun 2022 untuk pengusaha pelancongan yang tidak berkesempatan berbuat demikian sebelum ini bermula Isnin hingga 15 April.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

MOTAC dalam kenyataan pada Isnin berkata, ia telah membuka tempoh permohonan bagi bantuan tersebut dari 1 Mac hingga 15 Mac lepas bagaimanapun didapati ramai pengusaha pelancongan yang belum memohon.

Kerajaan melalui Bajet 2022 mengumumkan pemberian Bantuan Khas Tahun 2022 itu kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan termasuk kepada syarikat pengendali pelancongan (TOBTAB), syarikat Malaysia My Second Home (MM2H) dan spa serta pusat urut kaki yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Sehubungan itu, MOTAC menyeru syarikat TOBTAB, MM2H dan spa serta pusat urut kaki yang layak mengambil peluang untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Maklumat mengenai Bantuan Kewangan Tahun 2022 termasuklah pautan permohonan boleh didapati di laman sesawang rasmi MOTAC di www.motac.gov.my dan sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada pejabat MOTAC negeri berdekatan.

“Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup permohonan iaitu selepas 15 April 2022 tidak akan dilayan,” menurut MOTAC.

-Sinar Harian

Tags: Bantuan Kewangan Tahun 2022MOTACpermohonan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imran Khan Disingkir Daripada Jawatan Perdana Menteri Pakistan

Next Post

Jho Low Tetap Diburu Walau Polis Belum Tahu Lokasi Sembunyi

Related Posts

Tahanan Rumah: Najib Perlu Kemuka Permohonan Baharu

Tahanan Rumah: Najib Perlu Kemuka Permohonan Baharu

28/12/2024
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang...

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Jho Low Tetap Diburu Walau Polis Belum Tahu Lokasi Sembunyi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd