KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan esok dibatalkan kerana Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 diputuskan untuk dikaji dan diteliti semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Setiausaha Dewan Negara, Sujair Abdullah, berkata dimaklumkan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara telah menerima pemakluman daripada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis bahawa Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan esok dibatalkan.
Ini kerana Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 telah diputuskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari ini untuk dikaji dan diteliti semula melalui sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat.
BHonline-

