Menghairankan apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang belum mengeluarkan dalil mengenai kontoversi PasLeak.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Sekadar menafikan ketulenan dokumen minit mesyuarat Pas dan Bersatu merancang memenjarakan Najib Razak dan Zahid Hamidi sebelum PRU-15.
Ini bukan Tuan Guru yang kita kenali sebelum PAS dan Bersatu “bercouple” akan mengeluarkan pelbagai hujah agama sekiranya berlaku fitnah.
Surat layang itu barangkali palsu, tetapi “serius stok” apa yang rakyat mahu ketahui apakah yang tertera pada surat layang palsu itu benar?
Setakat ini tiada pemimpin PAS, Bersatu menafikan mereka berkomplot untuk menggunakan kuasa yang ada menzalimi Najib dan Zahid.
Setakat menyatakan dokumen minit mesyuarat itu sebagai palsu, sampah dan tidak perlu dinafikan tidak bermaksud pakatan licik itu tidak benar.
Pas, Bersatu yang mengimejkan mereka muafakat Islam seharusnya lebih jelas menafikan mereka sedang merancang perbuatan haram berkenaan.
Ia perbuatan haram kerana kes mahkamah dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri masih belum berakhir.
Ia masih dalam proses pengadilan, maka tidak patut ada pihak yang dayus merancang supaya mahkamah segera memenjarakan mereka.
Jika kontroversi itu benar bermaksud keputusan kes Najib dan Zahid bukan ditentukan mahkamah, sebaliknya oleh seteru mereka dalam Pas dan bersatu.
-Mynewshub
