• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bergelimpangan Di Jalanan, Ukraine Rampas Kyiv

oleh AK-47
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUCHA: Biarpun Ukraine mendakwa berjaya merampas semula semua kawasan di sekitar Kyiv, kira-kira 300 penduduknya terbunuh sepanjang sebulan pencerobohan oleh tentera Russia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Malah, mayat dapat dilihat bergelimpangan di jalanan selain dikebumikan dalam beberapa kubur secara beramai-ramai.

Pegawai Ukraine berkata, tentera berjaya menguasai semula 30 bandar dan kampung di sekitar Kyiv, sekali gus berhasil mengawal kembali ibu negara buat pertama kali sejak Russia melancarkan serangan.

Di Bucha, bandar berhampiran Irpin kira-kira 37 kilometer dari barat laut ibu negara, mayat dapat dilihat bergelimpangan di atas jalan raya, dengan ada yang ditempatkan dalam kubur besar yang masih belum dikambus.

Selepas lebih lima minggu bertempur, tentera Russia yang mengancam Kyiv berundur dari bahagian utara untuk berkumpul dan berperang di timur Ukraine.

“‘Seluruh wilayah Kyiv bebas daripada penceroboh,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Malyar, menerusi status di Facebook.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menerusi rakaman video, memberi amaran bahawa tentera Russia meletakkan bahan letupan di semua wilayah.

“Mereka menanam periuk api di wilayah, kediaman, peralatan, malah ke atas mayat,” katanya tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Moscow bagaimanapun menafikan dakwaan menjadikan orang awam sebagai sasaran serta tuduhan jenayah perang.

Perkhidmatan kecemasan Ukraine memaklumkan, sebanyak 1,500 bahan letupan ditemui dalam sehari di sebuah kampung di Dmytrivka.

BHonline-

Tags: KyivMayattentera RusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JAIM Cadang Beri Notis Kepada Umat Islam Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

Next Post

Pesawat Rempuh Pangsapuri, Juruterbang Selamat

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

Pesawat Rempuh Pangsapuri, Juruterbang Selamat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd