• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

oleh Mohd Arshad
20/04/2022
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan individu yang mendakwa memberi pinjaman RM720,000 kepadanya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau juga menafikan pinjaman sedemikian wujud dan setakat ini, tidak berhutang dengan sesiapa berikutan tiada masalah kewangan hingga memerlukannya membuat pinjaman.

“Secara jujur saya tidak pernah mengenali plaintif dan tiada urusan dan tidak pernah berurusan dengannya, malah saya juga tiada hutang.

“Saya juga tidak pasti bagaimana isu ini boleh timbul. Niat individu berkenaan juga saya tidak pasti sama ada dengki dengan reputasi dalam perniagaan,” katanya pada sidang media di Menara PGRM, Cheras, di sini, hari ini.

Mawar sebelum ini dikatakan berdepan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang individu.

Pada 13 April lalu pula, peguam Nik Zarith Nik Moustapha yang mewakili plaintif iaitu Nabil Mat Jahya, dilapor mendakwa wujud perjanjian pinjaman antara anak guamnya dengan Mawar selaku defendan yang dibuat pada 7 Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, peguam itu memaklumkan tidak dapat berkongsi isi perjanjian terbabit.

Mawar berkata, susulan dakwaan kononnya dirinya bankrap turut menyebabkan emosinya terganggu, selain bimbang dengan keselamatan orang di sekeliling terutama anak dan keluarga.

Katanya, dia juga bimbang perniagaannya akan terjejas selain tidak lagi mendapat kepercayaan daripada pelanggan dan pembekal lagi.

“Oleh itu saya tidak akan berdiam diri lagi dan perlu mengambil tindakan untuk membersihkan nama kerana bimbang masa depan terjejas dengan isu ini.

“Untuk tindakan selanjutnya, saya juga sudah serahkan kepada peguam untuk uruskan semuanya,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd Imran Tamrin dan Mohd Azali Ibrahim mengesahkan sudah memfailkan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar oleh pihak plaintif dan permohonan akan didengar esok di Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi.

Berkenaan isu bankrap, Mohd Imran berkata, carian di insolvensi setakat ini tidak menemui data memaklumkan anak guamnya bankrap dan Mawar berhak menjalankan profesionnya sebagai seorang usahawan.

“Bagaimanapun kita tidak boleh mengambil ringan semua isu ini kerana jika tidak mengambil apa-apa tindakan dan proses undang-undang untuk menjawab kepada saman dan penghakiman ingkar, akan ada risiko,” katanya.

Mohd Imran berkata, pihaknya menjangkakan kes itu akan berpanjangan dan tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan lain lagi termasuk menyaman individu yang mendakwa Mawar bankrap sebelum ini.

-Berita Harian

Tags: HutangMawar RashidPlaintif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanah Lapangan Terbang: Mohammad Nizar Beri Keterangan Esok

Next Post

Harga Petrol Kekal

Related Posts

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

Lelaki Warga Asing Gesel Kemaluan Pada Kanak-kanak Dicekup

Gaduh Akibat Hutang RM30, Lelaki Cedera Ditikam Rakan

08/03/2024
0

Petaling Jaya: Akibat hutang RM30, dua sahabat bergaduh sebelum seorang daripadanya luka ditikam dan dikelar menggunakan pisau. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Harga Petrol Kekal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd