• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tayang Rakaman Siti Bainun Layan Penghuni

oleh Mohd Arshad
16/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Se­syen di sini semalam ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pe­ngasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap bekas penghuni rumah perlindungan tersebut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Antara rakaman-rakaman tersebut ialah sambutan hari lahir saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19, percutian penghuni Rumah Bonda di Hotel Micasa, Jalan Tun Razak dan sambutan hari raya pada Mei 2021.

Pada prosiding terdahulu, Yasmin menyatakan dia telah dilayan seperti hamba abdi dan kuli oleh Siti Bainun ketika menetap di rumah perlindungan itu.

Nur A’minahtul Mardiah (NAM): Jadi ini layanan hamba abdi yang diberikan Siti Bainun kepada Yasmin?

Yasmin: Ya.

NAM: Bawa pergi bercuti?

Yasmin: Ya.

Saksi itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam bela, Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor pada perbicaraan kes Siti Bainun, 31, yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara Februari dan Jun 2021 di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Merujuk kepada rakaman sewaktu sambutan hari raya pada 22 Mei 2021, saksi itu menyatakan, individu yang paling lama dipeluk remaja sindrom down, Bella.

NAM: Siapa yang Bella peluk paling lama?

Yasmin: Siti Bainun.

NAM: Bella peluk pendera dia paling kuat?

Yasmin: Ya.

NAM: Jadi Bella tak takutlah kepada penderanya?

Yasmin: Ya.

Saksi tersebut kemudian ditunjukkan rakaman video peng­huni Rumah Bonda bertarikh 1 Julai 2021.

NAM: Bella ada di mana pada masa ini?

Yasmin: Ada di bilik laundry.

NAM: Julai 2021, Bella te­lah diambil Jabatan Kebajikan Ma­syarakat ke belum?

Yasmin: Tak ingat.

NAM: Sebelum ini, awak cakap Bella dah diambil oleh Mommy Zu (Zurianty Sudin) pada 24 Jun 2021, jadi pada 1 Julai 2021, Bella tiada di Rumah Bonda.

Yasmin: Betul.

NAM: Bermakna pada 1 Julai 2021, Bella tak ada di bilik laundry sebab dah kena ambil.

Yasmin: (Tidak memberikan sebarang jawapan)

Pada prosiding hari ini juga, pihak pembelaan menyenaraikan 10 keterangan Yasmin yang dikatakan penipuan semata-mata.

Senarai tersebut termasuk keadaan Bella yang dikatakan asyik terjatuh apabila berjalan kerana kakinya lemah selepas se­ring didera (rakaman video menunjukkan Bella mampu berjalan seperti biasa) dan dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah (Yasmin berada di Rumah Perlindungan Jitra, Kedah ketika kejadian kononnya berlaku).

Yasmin bagaimanapun mena­fikan bahawa keterangan yang di­berikan adalah palsu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 20 April ini.

-Utusan Online

Tags: BellaKes Bellamahkamahsiti bainun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Putus 3 Jari Akibat Mercun Bola – Polis

Next Post

Menyamar Polis Dan Samun: 3 Lelaki Ditahan

Related Posts

Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan

Kes Bella: Siti Bainun Mohon Guna Laporan Polis Berkait Kes Zayn Rayyan

19/05/2025
0

PUTRAJAYA – Peguam yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa, pembelaan telah memasukkan...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

Menyamar Polis Dan Samun: 3 Lelaki Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd