• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Setuju Perlembagaan Parti Dipinda

oleh Mohd Arshad
19/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju perlembagaan parti dipinda menerusi Perhimpunan Agung UMNO Khas, pada 14 Mei nanti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bagaimanapun, beliau memaklumkan UMNO perlu menetapkan tarikh untuk melakukan pindaan agar pemilihan parti dapat diadakan pada tarikh dan bulan yang ditetapkan.

“Perlembagaan parti perlu dipinda kerana kita rasa malu apabila kadangkala melanggar perlembagaan kita. Melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti pendaftar pertubuhan.

“Saya setuju dengan usul pindaan Perlembagaan parti, namun perlu ada tarikh yang tetap. Macam syarikat juga, apabila akaun sudah cukup atau genap setahun, maka ada masa dua tiga bulan mesti diadakan mesyuarat agung untuk bentangkan penyata dan untuk memilih pengarah-pengarah baharu.

“Sama juga dalam badan sukarela, seperti parti pun mesti ditetapkan awal. Jangan ada nak ubah-ubah, saya rasa tak adil,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar Ramadan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei bagi melakukan pindaan Perlembagaan parti mengenai tempoh pemilihan.

Ditanya mengenai pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, Tengku Razaleigh menyifatkan ia pilihan yang betul memandangkan Naib Presiden itu kini sudah menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun katanya, sekiranya ada calon yang yang diletakkan, Ismail Sabri perlu akur dengan ketetapan parti.

“Dia (Ismail Sabri) hanya `poster boy’ untuk mengetuai kempen bagi memenangi PRU,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DipindaKu LiPerlembagaan Parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

18/03/2023
0

GUA MUSANG : Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang...

Belanjawan 2023: Akta Insolvensi 1967 Akan Dipinda

Belanjawan 2023: Akta Insolvensi 1967 Akan Dipinda

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Mac ini, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd