• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Adib: Jawatankuasa Khas Serah Nota Kepada Kabinet

oleh Mohd Arshad
14/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Nota berdasarkan Laporan Interim Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diserahkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau sudah menyediakan nota itu bagi membolehkan ia diserahkan kepada Kabinet.

“Nota itu berdasarkan Laporan Interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang sudah dibentangkan kepada saya selaku pengerusi jawatankuasa khas siasatan itu,” katanya kepada BH.

Pada 15 Mac lalu, laporan interim dibentangkan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Laporan Interim adalah laporan kemajuan daripada ahli jawatankuasa khas berkenaan yang perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh jawatankuasa itu ditubuhkan.

Wan Junaidi berkata, siasatan oleh jawatankuasa itu masih berjalan, malah beberapa cadangan dikemukakan termasuk memanggil saksi yang sudah kembali ke negara asalnya di Pakistan.

Selain itu, katanya beberapa bukti masih dikumpulkan dalam siasatan itu termasuk video kejadian.

Kami mempunyai koleksi video dan gambar kes kejadian dan ada beberapa bukti sedang dikumpulkan.

“Sebab itu bulan lalu kita minta kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian bagi membantu kita melengkapkan lagi siasatan,” katanya.

Beliau menjelaskan apabila diterima Kabinet, hasil laporan jawatankuasa itu akan diumumkan.

“Pada masa ini saya tidak boleh dedahkan apa dapatan jawatankuasa dan kita masih ada baki masa siasatan sebelum tempoh enam bulan siasatan itu tamat,” katanya

Penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan itu dipersetujui pada 8 Disember tahun lalu, dengan mesyuarat pertama diadakan pada 21 Disember.

Jawatankuasa Khas Siasatan juga bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Teknikal yang dapat membantu dalam proses ‘pencarian fakta’.

Laporan Akhir akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa enam bulan dari tarikh penubuhannya.

-Berita Harian

Tags: jawatankuasa khaskabinetKes AdibSerah Nota
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Menteri Luar Perlu Jawab Isu Lawatan PM Ke Dubai’ – Anwar

Next Post

Golongan 60 Tahun Ke Atas Dengan Komorbiditi Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua – Khairy

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Next Post

Golongan 60 Tahun Ke Atas Dengan Komorbiditi Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua - Khairy

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd