• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Baby Adam Tiada Unsur Jenayah

oleh AK-47
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Baby Adam pada 2020, tiada sebarang unsur jenayah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bedah siasat telah dibuat dan punca kematian sudah disahkan oleh doktor.

“Kita sudah dapat laporan bedah siasat dan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa, namun begitu kita akan menjalankan siasatan menyeluruh agar dakwaan ini dapat dijelaskan kepada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ashari memaklumkan, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pada Selasa, media melaporkan penelitian polis terhadap laporan bedah siasat ke atas Adam yang dikeluarkan pihak Hospital Kuala Lumpur yang menunjukkan sebab sebenar kematiannya disebabkan pneumonia (radang paru-paru).

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, semakan pihaknya turut mendapati satu laporan dibuat oleh pemilik Rumah Bonda berhubung kematian Adam.

Pada Selasa, Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat satu laporan polis di Balai Polis Setiawangsa di sini, meminta polis membuka semula siasatan membabitkan kematian Adam.

Ketuanya, Bibi Sunita S Khan, dilaporkan berkata, kematian Baby Adam pada 3 Mei 2020 didakwa ada kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak di sini.

-Sinar Harian

Tags: baby adamunsur jenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Semula Kematian Baby Adam Jagaan Rumah Bonda

19/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis supaya membuka semula kertas siasatan membabitkan kematian seorang bayi lelaki berusia...

Kebakaran IPD Sepang: Tiada Unsur Khianat Dan Jenayah Ditemukan

23/03/2022
0

PUTRAJAYA : Tiada unsur khianat dan jenayah ditemukan susulan insiden kebakaran membabitkan beberapa bilik utama di Ibu pejabat Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd