• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Merokok Punca Nahas EgyptAir

oleh AK-47
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH, MESIR – Nahas pesawat EgyptAir yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Kaherah pada 2016 dan menyebabkan 66 orang terbunuh dilaporkan berpunca daripada juruterbang merokok di dalam kokpit, lapor akhbar New York Post semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perkara itu didedahkan dalam satu laporan baharu setebal 134 muka surat yang disemak oleh akhbar Itali, Corriere della Serra.

Pada 19 Mei 2016, penerbangan EgyptAir MS804 itu berlepas dari Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle di Perancis sebelum terhempas di sebuah lokasi di antara Pulau Crete di Greece dan utara Mesir.

Biro Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) membuat kesimpulan bahawa rokok juruterbang, Mohamed Said Shoukair telah mencetuskan kebakaran dalam pesawat Airbus A320 itu.

Ia berpunca daripada api rokok menyalakan oksigen yang dilaporkan bocor daripada topeng oksigen di dalam kokpit.

Pihak berkuasa Mesir pada awalnya menyatakan bahawa pesawat itu terhempas akibat serangan pengganas serta mendakwa menemui kesan bahan letupan pada mayat-mayat mangsa. Dakwaan itu bagaimanapun diragui ramai pihak.

Pada 2018, BEA yakin pesawat malang itu terhempas disebabkan berlakunya kebakaran berdasarkan analisis perakam kotak hitam. Pasukan penyiasat bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar kebakaran itu.

Namun, pada Mac lalu, BEA mengeluarkan laporan baharu menyatakan bahawa oksigen telah bocor daripada topeng oksigen juruterbang di dalam kokpit sejurus sebelum pesawat terhempas. Penilaian itu dibuat berdasarkan data kotak hitam yang merakam bunyi oksigen bocor.

Pakar-pakar berkata, perbuatan merokok di dalam pesawat dan ditambah dengan kebocoran oksigen telah mencetuskan kebakaran.

Ketika tempoh masa insiden tersebut, semua juruterbang pesawat EgyptAir dibenarkan merokok di dalam kokpit, namun peraturan itu kini diubah.

Nahas pesawat itu kini menjadi subjek kes pembunuhan di bawah Mahkamah Rayuan Paris.

Kerajaan Mesir enggan mengeluarkan laporannya sendiri mengenai nahas tersebut dan pada 2018, Kaherah menolak penemuan awal BEA dan menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas’.

Kosmo-

Tags: merokokNahas EgyptAirNahas Kapal Terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd