• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Negeri

oleh Mohd Arshad
10/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, berkata pemberian itu diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rabu lalu.

“Pemberian bantuan khas kewangan turut disalurkan kepada kakitangan bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

“Bantuan khas kewangan ini akan membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM18.81 juta dan diberikan kepada kira-kira 13,400 kakitangan awam di Johor.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini adalah keprihatinan Kerajaan Johor bagi meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sempena menyambut ketibaan lebaran tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar pada 28 April depan.

“Semakan kelayakan bayaran bantuan khas kewangan boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bantuan Khas Kewangan AidilfitriJohorPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putin Didakwa Bawa Beg Bimbit Nuklear Ke Upacara Pengebumian

Next Post

MRSM Muar Ditutup Lepas 30 Pelajar Positif Covid-19

Related Posts

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Next Post

MRSM Muar Ditutup Lepas 30 Pelajar Positif Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd