• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bersedih Tidak Dapat Tunaikan Haji

oleh AK-47
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak bersedih.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurutnya, syarat untuk menunaikan haji adalah berkemampuan.

“Walaupun ada duit, sihat badan, kadang-kadang perjalanan ke Makkah contohnya tidak selamat maka kita tidak berdosa,” katanya.

Menurutnya, seseorang individu akan berdosa jika berkemampuan namun tidak menunaikan ibadah tersebut.

“Insya-ALLAH, ALLAH SWT tetap akan berikan pahala kepada kita (yang tidak dapat menunaikan haji),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, dekat sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kuota haji yang dikurangkan kepada 14,306 tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang kebiasaannya diterima.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019.

Kerajaan Malaysia dijangka akan membuat melalui Kedutaan Arab Saudi di negara ini dalam masa terdekat.

-Sinar Harian

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd