• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Harga Ayam Mahal: Tindakan Tegas Batal Lesen Pemborong

oleh Mohd Arshad
05/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pemborong ayam diberi amaran akan berdepan tindakan pembatalan lesen jika didapati sengaja menjual daging unggas itu melebihi had siling yang ditetapkan iaitu di bawah RM8.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peringatan itu disuarakan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam susulan ada kes harga runcit ayam dijual amat tinggi.

“Saya sudah pun mengarahkan siasatan segera dibuat kerana jika peruncit mendakwa harga mahal disebabkan kos borong, kita akan turut semak balik dengan pihak pemborong terbabit.

“Sekiranya didapati ada masih berdegil sengaja jual harga tinggi, tindakan keras termasuk dibatalkan lesen pemborong terlibat boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian,” jelasnya dalam sidang akhbar khas bersempena dengan persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian berkenaan, di sini hari ini.

Media melaporkan lonjakan harga runcit ayam di pasar awam beberapa negeri menyebabkan peniaga bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga makanan berasaskan unggas tersebut.

Peruncit pula mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan kerana mereka tiada pilihan apabila kena membeli ayam mentah juga pada harga yang amat tinggi ditetapkan pihak pemborong.

Harga ayam dikawal oleh kementerian menerusi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang dilanjutkan lagi sejak sebelum perayaan Krismas akhir tahun lalu sehingga 5 Jun depan.

Ini disusuli inisiatif pemberian subsidi khas lebih RM500 juta kepada 2,604 ladang ternakan ayam pedaging bermula 5 Februari lalu oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan pada kali ini tidak terhad melibatkan peniaga runcit, malah lapisan peringkat pemborong dan penternak di kawasan berkenaan juga tidak terlepas.

“Kalau didapati memang ada unsur penyelewengan harga, kita akan mengenakan penalti yang lebih berat bahkan tidak teragak-agak membatalkan terus lesen pemborong itu,” tegasnya.

Dalam nada hairan, beliau berkata, sepatutnya harga ayam di pasaran adalah stabil sebab pihak kerajaan sudah pun menetapkan margin keuntungan yang adil kepada pemborong terbabit.

Apatah lagi, kadar diputuskan itu sudah mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos bahan makanan dan melalui perbincangan dengan kesemua pemegang taruh industri ternakan ayam.

Justeru, tidak sewajarnya harga unggas tersebut melonjak secara tiba-tiba terutama ketika awal bulan Ramadan dan secara kebetulan peralihan fasa endemik Covid-19 sejak Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Adam memberi jaminan bahawa pemborong yang dikesan tamak dengan sengaja menaikkan harga tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kelompok itu ujar beliau, sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Pada masa sama, beliau meminta peruncit ayam yang berasa mereka teraniaya akibat ditindas oleh pemborong terbabit agar segera membuat aduan untuk tindakan susulan boleh diambil.

“Bagi saya isu ini tidak harus timbul kerana kita sudah berbincang dengan pelbagai agensi dan kementerian berkaitan selain persatuan penternak demi situasi menang-menang,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: harga ayamKPDNHEPpembatalan lesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam sejak awal Ramadan menyebabkan pembeli terkesan dan mendakwa saiz ayam diterima lebih kecil berbanding sebelumnya...

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd