• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imran Khan Gagal Sekat Usul Undi Percaya

oleh Mohd Arshad
09/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Perdana Menteri Imran Khan akan berdepan undi tidak percaya setelah Mahkamah Agung Pakistan memutuskan bahawa cubaan beliau mengelak daripada dipecat dengan membubarkan Parlimen adalah tidak sah, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam keputusan kelmarin, Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan langkah untuk menyekat undi tidak percaya itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang.

Susulan keputusan itu, Parlimen Pakistan akan bersidang hari ini dan meneruskan usul undi tidak percaya yang dijangka menyaksikan Imran disingkirkan daripada jawatannya.

Bekas pemain kriket berusia 69 tahun itu kehilangan sokongan majoriti di Parlimen minggu lalu, manakala pihak pembangkang semakin mendapat sokongan. Beliau berdepan kemungkinan digulingkan oleh pembangkang esok.

Bagaimanapun, seorang timbalan speaker Parlimen yang merupakan ahli parti pemerintah menolak usul bahawa Perdana Menteri itu dijangka gagal mendapat sokongan majoriti. Beliau menyatakan bahawa usul tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi didalangi Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan beliau.

Washington bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan untuk menyingkirkan Imran. Tindakan berkenaan membawa negara bersenjata nuklear itu ke dalam krisis perlembagaan. Ketua pembangkang, Shehbaz Sharif menganggap sebarang tindakan untuk menyekat undi tidak percaya itu sebagai mengkhianati negara.

“Walaupun penganalisis-penganalisis politik dan media meramalkan kekalahan Imran dalam undi tidak percaya, beliau kelihatan tidak terganggu,” lapor akhbar Dawn.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Arif Alvi berkata di akaun Twitter rasminya bahawa Imran akan kekal sebagai perdana menteri sementara.

Imran mahu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 90 hari walaupun suruhanjaya pilihan raya negara itu sudah menolak kemungkinan untuk mengadakannya.

Imran berkata, beliau tidak melanggar perlembagaan dan menyifatkan usaha untuk menggulingkannya sebagai rancangan jahat yang didalangi oleh AS.

-Kosmo Online

Tags: Imran Khanusul undi percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

30/01/2024
0

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd