• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Ayam Di Kelantan Naik Sehingga RM10 Sekilogram

oleh Mohd Arshad
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Harga ayam di Kelantan meningkat sehingga RM10 sekilogram sekali gus melebihi harga siling yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tinjauan ke beberapa pasar basah sekitar Kota Bharu, mendapati kebanyakan ayam segar dijual pada harga RM9.50 hingga RM10 sekilogram.

Selain ayam, susu pekat juga menunjukkan peningkatan harga iaitu RM125 sekotak yang berisi 48 tin berbanding RM120 sebelum ini.

Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati sayur-sayuran turut mengalami peningkatan harga bergantung kepada kepada jenis sayur antaranya, timun batang dan juga cili padi.

Peniaga, Zulwati Abdullah, 40, mendakwa ada antara peniaga tidak dapat menjualnya pada harga siling yang ditetapkan kerana ayam yang diterima daripada pemborong sudah mencecah RM8.90 sekilogram.

“Jika dijual juga pada nilai terbabit, kami sebagai peniaga ayam tidak dapat keuntungan. Pemborong menggunakan alasan stok ayam yang berkurangan selain harga makanan ayam semakin meningkat.

“Peniaga ayam memperoleh keuntungan hanya 50 sen hingga RM1 sahaja, ia tidak termasuk dengan kos ais untuk memastikan kesegaran ayam, plastik serta air yang digunakan untuk membasuh bekalan barangan basah ini.

“Namun begitu, sebagai individu yang sudah lama berniaga, saya dapat mengagak bahawa kenaikan harga akan berlaku sepanjang Ramadan, malah kemungkinan besar ia semakin meningkat apabila tiba Hari Raya,” katanya yang sudah 15 tahun menjadi peniaga ayam segar di bandar Kora Bharu.

Zulwati berkata, ada sahaja pelanggan yang merungut akan kenaikan harga namun mereka bagaikan sudah biasa dengan keadaan berkenaan dan tetap membelinya susulan ia adalah salah satu barangan basah yang wajib dibeli untuk dimasak.

Pembeli, Suhaida Ismail, 38, mendakwa harga timun batang meningkat kepada RM25 sekilogram berbanding hanya RM18 sebelum ini, begitu juga dengan cili padi merah yang dijual RM20 sekilogram berbanding RM12.

“Namun tidak semua sayur yang menunjukkan peningkatan harga, ada sahaja yang masih kekal pada nilai yang sama sepanjang Ramadan ini. Biasanya yang naik adalah sayur yang menjadi pilihan ramai.

“Kadang-kadang peningkatan harga ini tidak masuk akal, justeru saya berharap pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia bukan sahaja membebankan masyarakat biasa, tetapi juga pengusaha makanan dan kedai makan,” katanya ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

-Berita Harian

Tags: ayamharga ayamKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd