• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerai Mi Tonggek ‘Ulat’ Diarah Tutup

oleh Mohd Arshad
16/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebuah gerai menjual mi tonggek di bazar Ramadan Putrajaya diarahkan tutup berikutan penemuan ulat di dalam makanan tersebut sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penutupan itu dibuat dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

“Tiga sampel telah diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing.

“Selain itu, kompaun turut dikeluarkan ke atas seorang pekerja kerana tidak mengambil suntikan antitifoid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mendapati peniaga tersebut memiliki sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya yang mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dijual di bazar.

Jelasnya, KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengendalian keselamatan makanan.

Sementara itu, mengenai aduan gumpalan rambut dalam kuih limas di Perak, KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar untuk tujuan pendakwaan dibawah Akta Makanan 1983.

Dalam pada itu, jelas Dr. Noor Hisham, setakat ini, sebanyak 4,362 premis bazar Ramadan diperiksa di seluruh negara dan 77 notis kompaun bernilai RM38,5000 dikeluarkan atas kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sebanyak 178 sampel makanan telah diambil untuk dianalisis oleh pihak KKM. Tindakan tersebut diambil untuk memastikan premis makanan sentiasa bersih,” ujarnya.

Katanya, peniaga yang didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawah akta itu boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

-Kosmo Online

Tags: Diarah TutupMi Tonggekulat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 1.2 Juta Lintasi Laluan Darat Malaysia-Singapura

Next Post

‘Bawa Keluar Segera Sisa Kayu Di Tasik Kenyir’

Related Posts

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

JPJ Tahan 19 ‘Ulat’ Di KLIA, Klia2

13/12/2022
0

SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 19 'ulat' disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dan beroperasi secara haram dengan...

Video: Euwww…Geli Lihat Ulat Menari-Nari Dalam Roti Ini

24/01/2017
0

SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui beberapa ekor ulat di dalam roti sardin yang dibelinya di sebuah kedai serbaneka 24...

Next Post

'Bawa Keluar Segera Sisa Kayu Di Tasik Kenyir'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd