• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Penyelam Eropah Ditemukan

oleh Mohd Arshad
09/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING : Dua lagi penyelam Eropah yang hilang ketika melakukan aktiviti selam skuba berhampiran Pulau Tokong Sanggol, di sini ditemukan selamat kira-kira pukul 1 pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mangsa adalah warga British, Adrian Peter Chesters, 46, dan remaja Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18, yang ditemukan nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, mangsa yang hanyut sejak 6 April lalu itu dijumpai di perairan Selatan Pengerang, dekat sini berhampiran sempadan Indonesia.

“Kedua-duanya ditemukan selamat oleh nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sebelum segera menghubungi polis.

“Mangsa kemudian diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan dihantar ke darat dan kini berada di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, hari ini.

Cyril Edrward berkata, kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kata beliau, seorang lagi mangsa warga Belanda, Nathen Renze, 14, yang juga anak kepada Adrian Peter belum ditemukan dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan.

“Kawasan pencarian juga diubah sebaik sahaja maklumat berhubung penemuan dua mangsa itu diterima. Kita bergerak ke bahagian Selatan dengan pihak Indonesia dan Singapura juga telah dimaklumkan berkenaan perubahan grid pencarian itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi yang memasuki hari keempat hari ini masih mengekalkan anggota dan aset yang sama.

“Susulan penemuan dua mangsa ini kita ubah sektor pencarian dengan menumpukan Tenggara Johor ke Selatan Pengerang. Kita akan gerakkan aset ke sana dan buat hebahan kepada kapal dagang serta bot nelayan jika ada sebarang penemuan agar maklumkan dengan segera,” katanya.

-Utusan Online

Tags: DitemukanpenyelamPenyelam Eropah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

Mayat Bekas Komando Akhirnya Ditemukan, Masih Lengkap Berpakaian Veteran Tentera

17/12/2023
0

Kluang: Bekas komando, Ab Manan Keri, 73, yang hilang sejak Selasa lalu berikutan kejadian banjir kilat di daerah ini ditemukan...

Patung Purba Berusia 2,500 Tahun Ditemukan Di Sepanyol

Patung Purba Berusia 2,500 Tahun Ditemukan Di Sepanyol

14/05/2023
0

SEKUMPULAN ahli arkeologi di Sepanyol menemukan beberapa patung dipercayai berusia 2,500 tahun yang dianggap menyerupai wajah masyarakat purba yang lenyap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd