• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun Bayaran PTPTN Berakhir 30 April

oleh Mohd Arshad
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi masa sehingga sehingga tarikh akhir 30 April ini untuk mendapatkan diskaun bayaran.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pihaknya sudah melaksanakan program diskaun pembayaran itu sejak 1 November tahun lalu dan akan berakhir 30 April ini.

“Diskaun ini kita beri sebanyak 50 peratus bagi pembayaran penuh pinjaman, 12 peratus bagi mereka yang sudah menyelesaikan 15 peratus dari hutang, 10 peratus bagi mereka yang membuat potongan gaji atau ‘direct debit’.

“Apa yang istimewanya kita sudah melancar MY PTPTN iaitu peminjam yang berhasrat untuk mendapatkan pengesahan penuh pinjaman, boleh membuat permohonan pengesahan baki pinjaman melalui My PTPTN,” katanya.

Beliau ditemui di Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) bersama pelajar Politeknik Port Dickson di sini hari ini.

Katanya, melalui aplikasi ini, ia lebih memudahkan urusan dan dalam masa yang sama, ia boleh dilihat pengesahan baki pinjaman.

“Peminjam juga boleh terus buat pembayaran melalui FPX dalam aplikasi berkenaan,” ujarnya dalam sidang media tadi.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Port Dickson,Mohamad Isa Azhari..

Ahmad Dasuki berkata, selepas dibuat pembayaran dan pelarasan, peminjam juga boleh dapatkan cetakan baki hutang dalam My PTPTN.

“Cara ini akan cepat, mudah dan selamat. Kita juga amat menggalakkan peminjam PTPTN yang berhasrat untuk dapatkan diskaun sebelum tamat pada 30 April ini melalui My PTPTN atau melalui 64 cawangan PTPTN seluruh negara.

Sementara itu, dalam program berkaitan, PTPTN dengan kerjasama Politeknik Port Dickson mengagihkan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk kepada warga politeknik itu yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan komuniti setempat bagi meningkatkan ukhwah dengan masyarakat serta pelajar IPT.

Agihan bubur lambuk ini juga diberikan kepada agensi dan pasukan hadapan (fronliners) sekitar daerah Port Dickson iaitu Balai Polis Teluk Kemang, Balai Bomba Teluk Kemang, Hospital Port Dickson dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Port Dickson.

BHonline-

Tags: diskaun bayaranPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd