• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Babi Afrika Menjangkiti 3,000 Babi Di Perak

oleh AK-47
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Lebih 3,000 khinzir komersil membabitkan tiga ladang di dua daerah di negeri ini dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria berkata, ia disahkan melalui ujian ‘Real-time PCR’ oleh Makmal Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh.

Penyakit itu mula menjangkiti sebuah ladang khinzir komersil di Hilir Perak pada 27 Mac lalu manakala dua lagi di Batang Padang pada 4 April lalu.

Menurutnya, susulan penularan, Notis Kuarantin di bawah Seksyen 18(3) Akta Binatang 1953 (Semakan -2006) (Akta 647) dikeluarkan kepada pemilik ladang khinzir yang disahkan positif untuk tidak memindahkan ternakan khinzir keluar masuk ke ladang terjangkit.

“Enam ladang khinzir yang berada dalam jarak lima kilometer (km) radius (kawasan wabak) dari ladang yang disahkan positif turut dikuarantin untuk pemeriksaan lanjut dan persampelan.

“Semua khinzir di ladang yang positif diambil tindakan pelupusan segera di bawah Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Semakan – 2006) untuk mengawal rebakan,” katanya pada sidang media berkenaan jangkitan penyakit itu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Razman berkata, sehingga kini, 990 ekor khinzir sudah dilupuskan dari ladang yang terbabit.

“Pemantauan, pemeriksaan dan persampelan semua ladang khinzir di daerah berkenaan turut dijalankan sebagai langkah proaktif dalam mengawal rebakan.

“Penternak khinzir komersil dinasihati untuk mempertingkatkan kawalan ketat Biosekuriti di ladang khinzir masing-masing bagi membendung penularan wabak ASF ke ladang mereka,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kawalan dan penguatkuasaan lebih ketat dapat dijalankan, Perintah Kawasan Dijangkiti, Kawasan Kawalan Dan Pembasmian Penyakit ASF Negeri Perak diwartakan pada 4 April lalu.

Sementara itu, Pengarah Veterinar Negeri Perak Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, bagaimanapun bekalan daging khinzir untuk pasaran di negeri ini pada ketika ini tidak terjejas.

“Setakat ini, ia tidak menjejaskan bekalan kerana bilangannya dalam 3,000 lebih sahaja, daripada peratusan pengeluaran pula tidak sampai satu peratus.

“Setiap tahun kita mengeluarkan 56,000 metrik tan daging khinzir yang bernilai kira-kira RM621 juta, Perak pengeluar terbesar khinzir,” katanya.

Beliau meminta persatuan, terutama Persatuan Penternak Babi Perak, untuk mengingatkan ahli agar mempertingkatkan sekuriti.

“Paling penting, kita minta penternak memberitahu lebih awal agar kita boleh membantu membendung dan mengelakkan rakan pengusaha lain berdepa kematian khinzir yang banyak.

“Sekiranya ada kes, terus lapor agar kita boleh membuat tindakan segera menyekat pergerakan keluar daripada kawasan yang kita kuarantin bagi mengurangkan rebakan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: BerjangkitDemam Babi AfrikaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd