• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Britain Sumbang Peluru Berpandu Kepada Ukraine

oleh Mohd Arshad
11/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Britain akan menghantar peluru berpandu anti kapal yang berupaya meletupkan Armada Laut Hitam Rusia yang menyerang tentera Ukraine, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Keputusan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Boris Johnson bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di bandar raya Kiev.

Menurut sumber, Britain akan menghantar peluru berpandu Harpoon yang boleh meletupkan kapal perang pada jarak lebih 128.7 kilometer.

Selain itu, sebanyak 120 kereta perisai termasuk kenderaan pengangkut berperisai yang dikenali sebagai Spartan juga akan disumbangkan. Kenderaan-kenderaan itu mula digunakan pada 1978 dan sepatutnya ditamatkan perkhidmatannya.

Antara peralatan lain adalah kenderaan pengangkut berperisai Mastiff, Husky dan Wolfhound yang direka untuk melindungi tentera daripada Alat Letupan Improvisasi.

Dalam pada itu, Johnson turut menjanjikan bantuan ketenteraan dari Britain bernilai £100 juta (RM549.6 juta) termasuk senjata anti kereta kebal dan anti pesawat serta dron pembunuh.

Johnson turut berikrar untuk membekalkan Ukraine dengan senjata, teknologi dan khidmat perisikan untuk memastikan bahawa ‘Putin gagal sepenuhnya’.

-Kosmo Online

Tags: BritainKrisis Rusia-UkrainePeluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd