• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bawa Keluar Segera Sisa Kayu Di Tasik Kenyir’

oleh AK-47
16/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berharap sisa kayu yang hanyut di sekitar Tasik Kenyir akibat banjir luar biasa baru-baru ini, dapat dibawa keluar dengan kadar segera dari kawasan pelancongan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, pihaknya bimbang longgokan kayu tersebut boleh mengundang bahaya kepada pelancong sekiranya berlaku bencana seperti kepala air kerana ikatannya tidak terlalu kukuh.

“Kita masih menunggu Pejabat Perhutanan untuk kita keluarkan kerana ia ada SOP (prosedur operasi standard), jadi kita keluarkan apabila Pejabat Perhutanan beri ‘green light’ (kebenaran).

“Apa pun, kita kena keluarkan cepat sebab ikatan itu tidak kuat sangat, sekiranya ada kepala air yang agak ganas, ia boleh tercabut semula dan berbahaya kepada pelancong. Oleh itu, kita minta Jabatan Perhutanan beri keputusan segera kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian replika cek sebanyak RM67,550 kepada Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) untuk penganjuran Hari Anugerah Kawat 2022 di Primula Beach Hotel di sini pada malam Jumaat.

Program tersebut dihadiri lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi.

Menurut Razali, kerja-kerja membersihkan sisa kayu hanyut itu telah dilakukan pihak Ketengah dan longgokan tersebut diikat di sepanjang laluan dari Sungai Petang hingga ke Santuari Kelah.

“Ikatan longgokan kayu berkenaan dapat dilihat di sepanjang laluan yang dianggarkan sejauh lima kilometer,” katanya.

Bencana banjir di daerah Hulu Terengganu pada akhir Februari lalu merupakan yang terburuk dan menjejaskan banyak kediaman penduduk akibat sisa lumpur selain timbunan sisa pokok kayu yang dihanyutkan air.

Ketengah sebelum ini memaklumkan sisa-sisa kayu di kawasan Tasik Kenyir sudah dibersihkan, diikat dan diletakkan setempat sebelum kerja-kerja pengalihan dibuat.

-Sinar Harian

Tags: Sisa KayuTasik Kenyir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Aktiviti Pembalakan Haram Di Tasik Kenyir

03/03/2022
0

Hulu Terengganu : Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar...

‘Siasat Segera Ratusan Ribu Balak Hanyut Di Tasik Kenyir’

01/03/2022
0

KUALA BERANG : Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd