• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Rahim Dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia

oleh Mohd Arshad
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi) Agensi Nuklear Malaysia, Dr Abdul Rahim Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi itu berkuat kuasa, Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Unit Komunikasi Agensi Nuklear Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Abdul Rahim bagi menggantikan Dr Siti A’iasah Hashim yang bersara pada 1 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Abdul Rahim dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang penyelidikan teknologi nuklear.

Ia bagi membolehkan Abdul Rahim menerajui kepemimpinan agensi berkenaan seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan.

Abdul Rahim mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1988 dan Ijazah Sarjana dalam bidang ‘Applied Genetics’ daripada University of Birmingham, United Kingdom pada 1998, sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2020.

Beliau juga pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman dan pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius.

Sementara itu, Dr Rosli Darmawan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah bagi Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, berkuat kuasa Isnin lalu.

Beliau mendapat Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal dari University of The Pacific, Amerika Syarikat pada tahun 1990 dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama daripada UPM pada 2015.

Dr Rosli sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah bagi program Perkhidmatan Teknikal di bawah agensi berkenaan.

Beliau juga pakar nuklear dalam bidang kemudahan dan utiliti aplikasi nuklear serta sistem keselamatan reaktor nuklear.

Seluruh warga agensi berharap kedua-dua mereka dapat meneruskan pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan nuklear sekali gus meningkatkan kemajuan pembangunan dan penyelidikan nuklear di negara ini.

-Berita Harian

Tags: Agensi Nuklear MalaysiaDilantikKetua Pengarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

23/12/2022
0

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan spekulasi bahawa terdapat tiga nama lain bakal...

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

19/12/2022
1

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd