• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Peguam Pemerhati TMJ Dibenar Ikuti Prosiding Kes Bella

oleh AK-47
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa dia dan tiga lagi peguam telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

“Kami mohon untuk hadir bagi mengikuti perbicaraan kes ini dengan persetujuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun selepas dia (Rina) menghadap Tunku Mahkota Johor semalam.

“Kami juga akan memohon untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi pihak anakanda Bella selain memohon mendapatkan transkrip rakaman mahkamah (CRT) untuk meneliti perbicaraan sebelum ini,” kata peguam itu.

Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati itu ialah Baljit Singh Sidhu, Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Sementara itu, Izralizam juga akan mempertimbangkan permohonan peguam berkenaan bagi mendapatkan CRT.

Semalam, Tunku Ismail berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan bagi memastikan kes penderaan seperti kes Bella tidak lagi berulang selepas mengadakan pertemuan dengan Rina di Royal Johor Polo Club di Johor Bahru.

Kes Bella tular di media sosial tahun lepas, selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.

Susulan itu, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Wanita itu, yang kini dibicarakan atas pertuduhan tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut hadir pada prosiding hari ini Senator Ras Adiba Radzi yang mewakili komuniti orang kurang upaya (OKU) di Dewan Negara.

Sementara itu, Khairul Anwar dalam kenyataan medianya hari ini menzahirkan rasa syukur selepas mahkamah membenarkan permohonan untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.

“Pihak kami juga mempertimbangkan untuk terlibat dengan lebih aktif dalam prosiding ini dengan membuat permohonan sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) sebaik kami menerima dokumentasi lengkap dan rekod perjalanan kes sebelum ini.

“Ia penting bagi kami untuk membantu pihak mahkamah dan pendakwa raya dalam mencapai keadilan buat anakanda Bella,” kata peguam itu.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Bellapeguam pemerhatiTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd