• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Sahkan Pusat Penjagaan Kesihatan Di Ukraine Diserang

oleh Mohd Arshad
06/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan berlaku beberapa serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan di Ukraine dan pihaknya juga sedang menyiasat jika fasiliti lain turut diserang.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata serangan itu mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

“Serangan ke atas fasiliti penjagaan kesihatan atau pekerja melanggar piagam perubatan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya di Twitter.

Dalam hantarannya, Tedros bagaimanapun tidak menyebut sama ada Russia mendalangi serangan itu.

Di London, perisikan ketenteraan British mendakwa tentera Russia kini menyasarkan kawasan berpenduduk di Ukraine, tetapi kekuatan tentangan balas melambatkan kemaraan Moscow.

“Skala dan kekuatan tentangan rakyat Ukraine terus mengejutkan Russia, yang bertindak balas dengan menyasarkan kawasan berpenduduk di pelbagai lokasi termasuk Kharkiv, Chernihiv dan Mariupol.

“Russia sebelum ini menggunakan taktik sama di Chechnya pada 1999 dan Syria pada 2016, dengan mengerahkan serangan udara serta darat,” kata perisikan ketenteraan British dalam satu kemas kini.

Bagaimanapun, Russia menafikan pihaknya menyasarkan kawasan orang awam, ketika media melaporkan lebih banyak kematian dan kecederaan dalam kalangan wanita serta kanak-kanak.

Di Lviv, Ukraine, lebih 200 kanak-kanak dipindahkan dari sebuah rumah kebajikan anak yatim di dalam zon konflik Ukraine dekat selatan bandar Lviv semalam, selepas 24 jam perjalanan menaik kereta api dengan penjaga mereka.

Sebanyak 215 kanak-kanak merangkumi bayi sehingga remaja, meninggalkan rumah kebajikan anak yatim di Zaporizhzhia dekat tenggara Ukraine, pada hari tentera Russia melakukan serangan berhampiran stesen kuasa nuklear.

“Hati saya bagai sedang dirobek,” kata Pengarah Pusat Anak Yatim Kristian Zaporizhzhia, Olha Kucher, yang menangis ketika ditemubual.

“Saya minta maaf… saya tidak tahu nak luahkan apa. Saya sangat kasihankan anak-anak ini. Mereka masih muda,” katanya.

BHonline-

Tags: RussiaUkrainewho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd