• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VTL Pulau Pinang-Singapura Bermula 16 Mac

oleh AK-47
04/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata inisiatif VTL ini akan membolehkan pengembara yang lengkap divaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.

“Inisiatif VTL ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perhubungan udara antara kedua negara jiran dengan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan komersial khususnya bagi memajukan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“VTL pertama yang dimulakan di laluan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November tahun lalu memberi perkhidmatan kepada 82,906 penumpang yang tiba dari Singapura setakat 28 Februari lalu,” katanya di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, pelaksanaan VTL antara Pulau Pinang dan Singapura ini bermula dengan empat penerbangan sehari membabitkan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di kedua-dua negara.

‘Penjualan tiket penerbangan VTL bermula secepat mungkin dan maklumat lanjut mengenai pra-pelepasan dan syarat kemasukan ke Malaysia boleh diakses di www.imi.gov.my

“Butiran berkenaan keperluan bagi VTL ke Singapura boleh didapati di https://safetravel.ica,gov.sg,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, ketika melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas awal minggu ini, berkata lapangan terbang itu sudah menyediakan semua persiapan bagi pelancaran VTL Pulau Pinang-Singapura.

Beliau berkata, Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) juga sudah menjalankan perancangan diperlukan bagi memastikan kelancaran penerbangan antara Pulau Pinang ke Singapura.

-Berita Harian

Tags: VTLVTL Pulau Pinang-Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syed Saddiq Utamakan Calon DAP?

Next Post

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

Related Posts

Sabah Tunggu Kebenaran Laksana VTL

08/03/2022
0

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sedang menunggu kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri bagi melaksanakan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap...

VTL: Laluan Baharu Antara Malaysia-Thailand-Kemboja Bermula 15 Mac

05/03/2022
0

PUTRAJAYA - Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu ke Thailand dan Kemboja akan mula beroperasi mulai 15 Mac sebagai sebahagian...

Next Post

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd