• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Lanjut Kuat Kuasa SOSMA Gagal

oleh Mohd Arshad
23/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini menolak usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian itu berkata, seramai 86 ahli Parlimen ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju melanjutkan usul tersebut, 84 ahli Parlimen Kerajaan bersetuju manakala 50 ahli Parlimen tidak hadir.

“Maka, usul seperti yang dikemukakan tidak dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mencadangkan supaya undi belah bahagian dilakukan bagi mencapai keputusan meluluskan undang-undang yang diusulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Lebih 15 ahli Parlimen kemudian bangun bagi menyokong supaya undang-undang tersebut diputuskan menggunakan undi belah bahagian.

Hari ini, Hamzah membentangkan usul bagi melanjutkan tempoh kuat kuasa subseksyen itu bermula 31 Julai ini dan bercadang mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari mengikut peruntukan akta sama bagi memberi ruang masa cukup kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kesalahan-kesalahan keselamatan yang bersifat rumit dan kompleks.

Jelasnya, tempoh 28 hari dalam akta itu tidak mencukupi kerana kes disiasat di bawah SOSMA sangat rumit terutama melibatkan kumpulan pengganas dan jenayah terancang yang mempunyai rangkaian luas.

Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju kerajaan melanjutkannya kerana peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) sudah cukup untuk siasatan yang perlu dalam kes melibatkan SOSMA.

Ia juga dibimbangi akan disalah guna pihak tertentu jika pengekalan tempoh tahanan selama 28 hari ketika proses tahahan tidak melibatkan mahkamah.

-Utusan Online

Tags: Dewan RakyatgagalsokonganSOSMAUsul Lanjut Kuat Kuasa SOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd