• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kini Ada 3,391,236 Ahli

oleh Mohd Arshad
18/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3,391,236 orang, sementara bilangan cawangannya berjumlah 22,274 cawangan membabitkan 191 bahagian di seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Sabah merekodkan keahlian tertinggi iaitu 594,631 ahli, diikuti Johor (452,642 ahli); Selangor (426,109 ahli); dan Kedah 300,564 ahli.

Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Lahad Datu seramai 46,849 ahli, diikuti Semporna (40,849 ahli); Libaran (39,513 ahli), Gombak, (38,437 ahli) dan Baling, 37,249 ahli,” katanya ketika menyampaikan laporan Setiausaha Agung UMNO (PAU) pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di ibu negara hari ini.

Ahmad berkata, pada PAU kali ini, seramai 21 duta dan wakil negara hadir termasuk United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh.

“Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, 1 Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir. UMNO masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di dewan ini.

“Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNO Siswa daripada 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS serta UMNO Siswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, seramai 5542 perwakilan UMNO hadir pada PAU kali ini iaitu perwakilan wanita (954 orang), pemuda (966 orang), puteri (956 orang) serta 2666 orang, perwakilan bahagian.

-Berita Harian

Tags: AhliUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd