• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Kini ‘Berkawan’ Dengan Israel, Mahu Pulihkan Hubungan

oleh AK-47
11/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA : Hubungan Israel dan Turki seperti biduk lalu kiambang bertaut selepas Presiden Israel, Isaac Herzog melakukan lawatan rasmi ke Ankara dan Istanbul, kelmarin bagi memenuhi undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Selepas 14 tahun hubungan kedua-dua negara retak, kunjungan selama dua hari sehingga semalam menandakan babak baharu antara Ankara dan Tel Aviv.

Kali terakhir Pejabat Tinggi Israel melakukan lawatan ke negara itu adalah pada 2008.

Recep Tayyip berkata, kunjungan Herzog menandakan era baharu hubungan bilateral kerana Israel merupakan prospek pengeksport gas ke Eropah melalui Turki.

Katanya, tindakan segera itu diambil susulan kebimbangan bekalan gas terjejas berikutan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Lawatan bersejarah itu bakal menjadi titik perubahan dalam hubungan dua hala Turki dan Israel.

Recep Tayyip menyifatkan hubungan dengan Israel adalah sangat penting ‘demi keamanan sejagat’.

“Matlamat bersama kami adalah menghidupkan semula dialog berdasarkan rasa hormat.

“Beban masa lalu tidak pernah hilang dengan sendiri, tetapi kami memilih memulakan perjalanan dengan amanah dan hormat.

“Kita mesti bersetuju terlebih dahulu dan kita tidak akan bersetuju dalam segala-galanya,” jelasnya.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan dua hala dan sebelum menyertai majlis makan malam negara.

Selain itu, Recep Tayyip juga tidak melupakan isu melibatkan Palestin dan menyatakan minat untuk mengetahui ‘peningkatan status sosial dan politik rakyat Palestin’.

HAMAS KECAM

Dalam pada itu, Hamas mengecam Turki kerana mengalu-alukan ‘Presiden Zionis yang melakukan penjajahan’.

Menurut sumber yang terlibat dalam rundingan dua hala itu, Recep Tayyip turut menjelaskan kehadiran pemimpin Hamas di Turki yang menjadi rungutan Israel sejak sekian lama.

Herzog pula dijadualkan mengadakan pertemuan dengan komuniti Yahudi di Istanbul sebelum bergerak pulang ke Israel.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, beliau akan mengunjungi Israel bulan depan bagi membincangkan pelantikan semula duta negara dengan rakan sejawatannya, Yair Lapid.

DULU RETAK, KINI BERBAIK

Konflik antara kedua-dua negara bertambah buruk pada 2010, apabila sepuluh warga Turki maut semasa serangan Israel di Kapal Mavi Marmara.

Kapal tersebut cuba menembus sekatan Israel yang mengepung Semenanjung Gaza untuk membawa bantuan ke wilayah Palestin.

Pada 2016, Turki mengutuk keras kekejaman Zionis Israel yang membunuh lebih 200 rakyat Palestin.

Situasi tersebut menyebabkan protes besar-besaran di seluruh Turki.

Turki kemudian meminta duta besarnya di Israel kembali serta mengusir duta besar Israel di negara itu.

Sepanjang lebih sedekad bermasam muka, Israel dan Turki saling menuding jari berhubung konflik yang berlaku di Palestin.

Turki menuduh Israel melakukan penjajahan serta pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam di Baitulmuqaddis dan Semenangjung Gaza.

Israel pula menuduh Turki menjadi pendukung kuat pejuang Hamas di Semenanjung Gaza untuk melancarkan roket ke Israel.

-Utusan Online

Tags: IsraelPulihkan HubunganTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd