• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Azan Mengamuk, Bunuh Ibu, Ayah Dan Adik

oleh Mohd Arshad
09/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDIRI : Seorang lelaki menikam 10 orang termasuk ahli keluarga dan jiran menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian amuk di Desa Pojok, Kediri, Jawa Timur.

Kejadian itu menyaksikan empat orang terbunuh termasuk ibu, ayah dan adik suspek serta tujuh yang lain cedera.

Menurut seorang saksi, Aris Setiawan, kejadian itu bermula ketika suspek yang dikenali sebagai Riyanto bertengkar dengan ibu dan ayahnya mengenai pekerjaan.

CNN Indonesia difahamkan, suspek kini tidak bekerja selepas diberhentikan baru-baru ini.

“Beberapa jiran memaklumkan, suspek dilihat bertengkar dengan ibu dan ayahnya soal kerja sebelum keadaan menjadi huru-hara.

“Ketika itu, suspek tiba-tiba mencapai sabit lalu terus menghayunkannya ke arah ibu, ayah dan adiknya sehingga mereka maut.

“Kemudian, suspek menyerang pula beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri dan penduduk kampung membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis Kediri, Rizkita Atmadha Putra mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Katanya, ketika ditahan, Riyanto tidak memegang sebarang senjata dan tidak melawan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah kemurungan akibat dibuang kerja dan kemuncaknya tiba apabila dia sering didesak oleh ibu dan ayahnya untuk segera mendapatkan pekerjaan.

“Polis dimaklumkan, suspek merupakan seorang yang pendiam, selain sering menjadi tukang azan di masjid,” ujarnya.

Sementara itu, mangsa yang cedera kini dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

-Utusan Online

Tags: mengamukTukang Azan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd