• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Dakyah ‘Pencinta Menu Masakan’

oleh Mohd Arshad
11/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai ‘pencinta menu masakan’ sejurus PRU-14 pada tahun 2018 berakhir sedang membuat kemunculan semula sempena PRN Johor yang akan diadakan esok.

Selepas sekian lama bersembunyi disebalik slogan “kami tidak lagi minat politik” apabila Pakatan Harapan (PH) yang mereka kempenkan pada 9 Mei 2018 terbukti cumalah sekumpulan ahli politik penipu dan pembohong.

Kini bekas ‘pencinta menu masakan’ itu muncul kembali di setiap pelusuk grup Whatapp dan laman-laman media sosial Bangsa Johor mengulangi hasutan supaya rakyat menolak BN.

Mereka ini sebahagiannya bukan orang asing bagi kita iaitu dalam kalangan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai mahupun jiran tetangga yang tidak pernah insaf dan mengambil iktibar kebodohan mereka pada PRU-14.

Perlu diakui sebahagian kita turut terpengaruh dengan kebodohan 2018 mereka lalu membantu menumbangkan kerajaan BN dan kini kita sedang cuba diperangkap oleh kebodohan yang sama.

Agak sukar untuk memahami jika masih ada Bangsa Johor masih mudah dipengaruhi oleh bekas ‘pencinta menu masakan’ selepas segala kerosakan dan kemusnahan yang mereka saksikan sepanjang 22 bulan kerajaan PH berkuasa.

Lebih sukar untuk memahami jika masih ada Bangsa Johor gagal memahami bahawa Perikatan Nasional (PN), Pejuang mahupun MUDA dibarisi ahli politik PH yang sama menipu dan membohongi mereka pada PRU-14.

Sebenarnya tiada apa yang begitu sulit dan mengelirukan dalam membuat keputusan parti mana untuk diundi pada PRN Johor seperti yang cuba didokrinkan oleh bekas ‘pencinta menu masakan’ ketika ini.

Kesimpulannya sangat mudah sama ada Bangsa Johor mahu negeri itu kembali mengecapi kemakmuran, kestabilan dan kemajuan masa lalu dengan mengembalikan sebuah kerajaan dominan Barisan Nasional (BN).

Atau mahu kembali kepada kerajaan PH yang banyak mengguris hati dan perasaan Bangsa Johor sehinggakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang kita sanjungi pernah digelar sebagai ‘budak bodoh’ oleh pemimpinnya.

Atau juga Bangsa Johor akan sekadar memecahbelahkan undi dengan mengundi parti-parti berbeza supaya ketidakstabilan politik di negeri itu berterusan sekali gus merencatkan pembangunan masa depan Johor.

Saksikan BN sebagai sebuah organisasi politik “gentleman” memulangkan kembali kuasa memilih kepada anda supaya anda dapat menentukan kestabilan politik dan ekonomi kembali berpaksi di Johor secara demokratik.

Walaupun itu bermaksud BN terpaksa mengambil risiko berdepan dengan sebuah pilihan raya sekali lagi sedangkan pemimpinnya adalah Menteri Besar Johor dan menganggotai barisan Exco kerajaan negeri.

Saksikan juga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor kerana tentunya baginda turut memahami apa yang perlu dilakukan demi kepentingan Johor.

Apakah PH, PN, Pejuang mahupun MUDA akan sanggup mengambil keputusan berani seperti BN untuk mengenepikan kuasa, kedudukan dan jawatan demi misi memastikan masa depan Johor terjamin?

Bangsa Johor sebenarnya tiada pilihan lain selain mengundi BN sekiranya mahu Johor kembali kepada landasan kegemilangan, kemakmuran, kestabilan, kemajuan secepat mungkin.

Usah lagi terpedaya dengan propaganda dan kata-kata kumpulan anti BN yang pasti akan kembali menjadi ‘pencinta menu masakan’ selepas PRN Johor berakhir dan meninggalkan anda untuk menanggung akibatnya.

-Mynewshub

Tags: DakyahPencinta Menu MasakanPRU-14Tolak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah The Hague Tolak Tuntutan Kumpulan Sulu

Mahkamah The Hague Tolak Tuntutan Kumpulan Sulu

27/06/2023
0

THE HAGUE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak...

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd