• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Bubar DUN Terengganu

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Tiada keperluan untuk Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti berlaku di beberapa negeri termasuk Johor baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendirian kerajaan negeri kekal seperti mana diputuskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, keputusan Terengganu untuk tidak membubarkan DUN lebih awal, sama seperti dibuat Kelantan dan Kedah.

“Kita sudah buat keputusan seperti mana kenyataan media Presiden PAS bahawa tiga negeri (iaitu) Terengganu, Kelantan dan Kedah, Insya Allah tidak (bubar DUN).

“Tiada ada keperluan untuk bubar DUN (dan) kita akan pergi sehingga habis penggal.

“Saya juga ada terbaca kenyataan daripada Pakatan Harapan (PH) untuk negeri-negeri di bawah PH juga tidak akan membubarkan (DUN) atas sebab-sebab mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan media memaklumkan DUN bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh penggal.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

-Berita Harian

Tags: Bubar DunDUN TerengganuTiada Keperluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas

DUN Terengganu Bersidang Tanpa Pembangkang

01/10/2023
0

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang....

DUN Terengganu Dijangka Bubar Esok – Ahmad Samsuri

DUN Terengganu Dijangka Bubar Esok – Ahmad Samsuri

27/06/2023
0

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka akan dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd