• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada DNA Babi Dikesan Pada Gegelang Sotong

oleh AK-47
16/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia Malaysia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.

“Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

“Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai ,” katanya dalam kenyataan di sini.

Alexander berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan tular di media sosial seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis.

“Bertindak atas aduan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bharu.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan, KPDNHEP menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat dinasihatkan supaya membuat aduan mengikut saluran yang betul berserta maklumat lengkap kepada pihak bertanggungjawab termasuk KPDNHEP melalui saluran aduan seperti WhatsApp 019-279 4317,portal aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my,call centre 1-800-886-800,emel e-aduan@kpdnhep.gov.my,Ez ADU KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-8882 6088/6245.

-Harian Metro

Tags: DNA Babigegelang sotongTiada
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siren Amaran Tsunami Diuji Di Besut, Polis Minta Penduduk Tidak Panik

Next Post

India Pertimbang Beli Minyak Mentah Dari Rusia Pada Harga Diskaun

Related Posts

Siasatan Gegelang Sotong Daripada Usus Babi Masih Dijalankan

11/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan berhubung dakwaan gegelang sotong (sotong ring) yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi akan diumumkan...

Kek Bulan Berlogo Halal Ada DNA Babi

25/11/2021
0

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengesahkan produk makanan kek bulan keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di sini...

Next Post

India Pertimbang Beli Minyak Mentah Dari Rusia Pada Harga Diskaun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd