• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Russia Bersedia Mara Ke Kyiv

oleh Mohd Arshad
12/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KYIV: Serangan Russia membedil sasaran orang awam di bandar Dnipro di tengah Ukraine, hari ini ketika tentera Moscow semakin menghampiri Kyiv, yang kini dipertahankan bagai sebuah ‘kubu’.

Ratusan ribu orang awam terperangkap dan diserang di bandar-bandar utama Ukraine, termasuk Mariupol yang terkepung, selepas rundingan pertama antara Moscow dan diplomat tertinggi Kyiv berakhir semalam tanpa sebarang kemajuan.

Perkhidmatan kecemasan berkata, awal pagi ini pesawat perang Russia melaksanakan serangan secara langsung pertama ke atas Dnipro, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Menurut kenyataan mereka, tiga serangan udara menghentam sebuah tadika, bangunan pangsapuri dan sebuah kilang kasut.

Di lokasi lain pula, tentera Ukraine memberi amaran bahawa musuh cuba memusnahkan pertahanan pasukan Ukraine di sekitar wilayah di barat dan barat laut ibu negara dalam usaha menyekat akses ke Kyiv.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko, berkata separuh penduduk bandar itu sudah melarikan diri dan ibu kota itu juga sudah diubah menjadi kubu.

“Setiap jalan, setiap bangunan dan setiap pusat pemeriksaan diperkuatkan,” katanya.

Tentera Russia kini mengepung sekurang-kurangnya empat bandar utama Ukraine dan kenderaan berperisai masuk ke pinggir timur laut Kyiv, di mana pinggir bandar termasuk Irpin dan Bucha pula sudah beberapa hari dilanda pengeboman berat.

Askar Ukraine juga menggambarkan pertempuran sengit berlaku untuk mengawal lebuh raya utama menuju ke ibu negara, malah wartawan AFP juga melihat serangan peluru berpandu di Velyka Dymerka, berhampiran bandar Kyiv.

“Ia menakutkan, tetapi apa yang boleh anda lakukan? Tiada tempat untuk benar-benar lari atau bersembunyi. Kami tinggal di sini,” kata Vasyl Popov, seorang jurujual pengiklanan berusia 38 tahun.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata beberapa bandar utama dan bandar pelabuhan selatan Mariupol dibom tanpa henti.

Beliau mendakwa Moscow melancarkan ‘serangan kereta kebal’ yang menyasarkan bantuan kemanusiaan termasuk konvoi dihantar untuk cuba mendapatkan makanan, air dan ubat-ubatan ke bandar itu.

Zelensky, dalam satu kenyataan video, menyifatkan serangan itu sebagai ‘keganasan langsung’ dan berlaku sehari selepas pengeboman hospital kanak-kanak yang membunuh tiga orang, termasuk seorang gadis muda.

BHonline-

Tags: Kyivtentera RusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd