• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Dan Kepakaran Senyapkan Isu

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“Kami kesal kerana premis ini tidak dapat digunakan bagi tujuan keusahawanan, tetapi malah lebih mengecewakan apabila penggunaan aset ini tanpa pengetahuan, persetujuan antara pihak PIJ Property dan MUDA”

Itu kenyataan rasmi PIJ Property berhubung perbuatan parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menceroboh dan menggunakan aset Inkubator Usahawan di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru untuk pusat operasi parti itu sempena PRN Johor.

PIJ Holdings menerusi subsidiarinya, PIJ Property Development Sdn Bhd terpaksa membuat laporan polis terhadap MUDA disebabkan sifat tidak bertanggungjawab MUDA tersebut.

Kesimpulan daripada kes itu cukup mudah iaitu MUDA yang konon mahu membuat perubahan terhadap salah guna kuasa sebelum berkuasa telah pun menyalahgunakan fasiliti keusahawanan untuk tujuan politik.

Jadi apa kebarangkalian MUDA tidak akan menyalahgunakan segala-galanya jika mereka memiliki kuasa dan jentera pentadbiran kerajaan kelak?

Seperti biasa Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam buat tidak endah isu tersebut untuk mengelak daripada terpaksa dibahaskan.

Sama seperti beliau sehingga kini tidak menjawab persoalan sama ada penduduk DUN Tiram yang berbohong atau Syed Saddiq yang berbohong berhubung mantan wakil rakyat DUN Tiram.

Dan mengapa hasil audit firma pengauditan terhadap dana-dana diterima Syed Saddiq masih belum didedahkan kepada umum?

Dan apakah benar dakwaan parti MUDA ditaja oleh DAP dan taikun-taikun berkepentingan politik? Ini yang mahu rakyat Johor ketahui.

Sedangkan andai ada isu membabitkan UMNO/BN waima sekecil zarah beliau akan terpekik terlolong menggunakan kemahirannya berpidato untuk diperbesarkan.

Kes itu sepatutnya sudah lebih daripada cukup untuk membuktikan hipokrasi tahap dewa Syed Saddiq dan parti MUDA dalam ‘kepoyoannya’ konon melawan salah guna kuasa dan korupsi.

Adalah malang buat negeri Johor Darul Ta’zim jika ada dalam kalangan pengundi mereka khususnya anak muda Johor sekali lagi terpedaya dengan kepetahan Syed Saddiq berpidato seperti yang mereka alami semasa PRU-14.

Kepada saudara dan saudari di Johor ingatlah terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengundi MUDA buruk padahnya. Mengertilah MUDA adalah PH dan PH adalah MUDA. PH adalah DAP dan DAP adalah PH. Tidak serik lagikah?

-Mynewshub

Tags: isuKepkaranSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Belum Ada Keperluan Dos Keempat’

Next Post

Kes COVID-19 Thailand Lepasi Angka Tiga Juta

Related Posts

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Next Post

Kes COVID-19 Thailand Lepasi Angka Tiga Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd