• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Slovakia Mungkin Hantar Senjata Antipesawat Ke Ukraine

oleh AK-47
18/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRATISLAVA – Slovakia menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya bersedia menghantar sistem peluru berpandu antipesawat S-300 buatan Rusia ke Ukraine.

Bagaimanapun, penghantaran itu perlu diikuti dengan syarat iaitu ia akan mendapat pengganti kepada sistem peluru berpandu itu bagi mengelakkan jurang keselamatan dalam kalangan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Kami telah berbincang dengan Amerika Syarikat (AS), Ukraine dan juga dengan sekutu lain mengenai kemungkinan untuk menggunakan atau menghantar sistem S-300 kepada orang Ukraine,” kata Menteri Pertahanan Slovakia, Jaroslav Nad kepada para wartawan.

“Kami bersedia melakukannya dengan segera apabila kami mempunyai pengganti yang tepat,” tambahnya.

Nad menyatakan bahawa menyerahkan satu-satunya sistem pertahanan udara yang strategik itu akan menyebabkan terdapat jurang keselamatan dalam NATO.

Ini kerana Slovakia merupakan anggota NATO.

Pada awal Khamis, Nad menyebut bahawa Slovakia masih bergantung kepada Rusia untuk kerja-kerja servis sistem S-300.

-Sinar Harian

Tags: Krisis Rusia-UkraineSenajata AntipesawatslovakiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd