• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem e-TT Mula 1 April Ini

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Sistem e-TT (e-Pindahan Telegrafik) akan diperkenalkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula 1 April ini.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, sistem e-TT diperkenalkan bagi bayaran Cukai Pendapatan, Cukai Petroleum, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Bayaran Kompaun, Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara) dan Cukai Pegangan melalui kaedah Pindahan Telegrafik (Telegraphic Transfer), Pindahan Dana Elektronik (EFT) dan Pindahan Giro Antara Bank (IBG) dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, e-TT adalah sistem yang akan menjana Nombor Akaun Maya sebagai identiti pengenalan bayaran.

“Pembayar cukai yang ingin membuat bayaran cukai menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) dari dalam dan luar negara dikehendaki untuk mengakses Sistem e-TT.

“Sistem itu boleh dicapai dengan melayari portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menerusi pengenalan Sistem e-TT, empat jenis bayaran iaitu Kompaun, Cukai Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan CKHT – Pegangan Cukai 3 peratus oleh Pemeroleh Aset (Seksyen 21B, ACKHT 1976) yang kini hanya boleh dibuat di kaunter bayaran LHDN kini boleh dibuat menerusi kaedah e-bayaran.

Tambahnya, maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Sistem e-TT boleh diperoleh menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 bagi pemanggil dari Luar Negara.

“Selain itu, orang ramai boleh menggunakan HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Sistem e-TT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd