• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Siasat Segera Ratusan Ribu Balak Hanyut Di Tasik Kenyir’

oleh Mohd Arshad
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG : Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, berkata kawasan daerah Hulu Terengganu, terutama sekitar Tasik Kenyir, bukannya zon pembalakan.

Beliau mendakwa, sejak Isnin lalu, ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

“Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca berlakunya kejadian itu.

“Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir,” katanya kepada media hari ini.

Rozi berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan air bersih dan bakul makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Tadok, di sini, hari ini.

Rozi menegaskan yang kes balak hanyut bukannya isu politik, tetapi Jabatan Perhutanan dan kerajaan negeri serta TNB perlu menyiasat serta menjelaskan kepada rakyat.

“Beberapa kawasan di Hulu Terengganu termasuk di Tasik Kenyir bukannya zon pembalakan, tetapi agak menghairankan apabila balak dan sisa hutan tiba-tiba timbul di permukaan air akibat dihanyutkan arus,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kayu balakTasik Kenyir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

Ahli Politik Indonesia Sibuk Nasihat Mengenai Kayu Balak, Nasib Mangsa Banjir Dipersoal

21/12/2025
0

KENYATAAN anggota DPR Indonesia, Alex Indra Lukman, yang menegur orang ramai agar tidak mengambil kayu gelondongan sisa banjir kerana ia...

‘Bawa Keluar Segera Sisa Kayu Di Tasik Kenyir’

16/04/2022
0

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berharap sisa kayu yang hanyut di sekitar Tasik Kenyir akibat banjir luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd