• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa MB Johor Dijangka Terjawab Petang Ini

oleh Mohd Arshad
15/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Siapa Menteri Besar Johor Ke-19 bakal terjawab petang ini berikutan majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan nanti.

Menurut sumber BN, persediaan majlis angkat sumpah berkenaan sedang berjalan dan dijangka diadakan antara pada 2 atau 3 petang ini.

“Ya, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan petang dan siapa Menteri Besar Johor akan terjawab nanti,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan di pintu utama dan belakang Istana Bukit Serene di sini, mendapati terdapat beberapa pengamal media sudah menanti berhampiran kawasan berkenaan sejak 10.30 pagi hari ini selepas terdapat khabar angin majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor akan diadakan hari ini.

Semalam, Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dilaporkan mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor.

Hasni yang juga Pengerusi Umno Johor dilaporkan berkata ia berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

Kenyataan terbaharu Hasni itu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu, seolah-olah mengesahkan khabar angin yang menyatakan nama lain bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor Ke-19.

Nama lain yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga bekas Exco Belia dan Sukan Johor selepas menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang menang DUN Rengit pada PRN itu.

Semalam, media melaporkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dipercayai menitahkan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap baginda.

-Harian Metro

Tags: JohorMB JohorPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

PAS Johor Tunggu Keputusan Pusat, Sangkal Dakwaan PN Johor Bergolak

30/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Pas Johor menegaskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor yang baharu susulan peletakan jawatan Datuk Dr Sahruddin...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd