• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siap Sedia Hadapi Fasa Peralihan Monsun – JPS

oleh Mohd Arshad
14/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai supaya peka, berwaspada dan bersiap sedia bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang bermula hari ini.

Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr. Md. Nasir Md. Noh berkata, fasa itu berterusan sehingga pertengahan Mei menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

Katanya, situasi itu boleh meningkatkan kejadian banjir kilat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur banjir sedia ada.

“Orang ramai terutama penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa peka, berwaspada dan bersiap sedia.

“Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran supaya aliran sungai tidak terhalang,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai persiapan, Md. Nasir berkata, JPS sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya berfungsi dengan baik termasuk ban dan tebing sungai yang dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta-merta dilaksanakan apabila berlakunya kejadian ban pecah atau tebing runtuh.

“JPS turut melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) bagi meramal dan mengeluarkan amaran banjir untuk membantu pasukan penyelamat dan orang ramai bersiap menghadapi banjir yang kini telah pun beroperasi penuh di Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya.

Kenyataan itu selari dengan penjelasan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah minggu lalu yang menyatakan Malaysia dijangka mengalami fasa peralihan monsun hingga pertengahan Mei ini, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut sejak 3 November 2021.

Katanya, semasa fasa itu, rantau negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Maklumat lanjut mengenai hebahan amaran banjir, status aras air sungai dan kelebatan hujan di seluruh Malaysia boleh diperoleh melalui laman sesawang Public Infobanjir iaitu https://publicinfobanjir.water.gov.my atau memuat turun aplikasi mobile apps, MyPublicInfoBanjir.

-Utusan Online

Tags: Fasa Peralihan MonsunJPSSiap Sedia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pam Minyak, Perodua Kancil Terbakar

Next Post

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Jerman

Related Posts

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

Banjir Diramal Landa Kelantan, Pahang Bermula Hari Ini – JPS

29/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula...

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

23/12/2024
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan...

Next Post

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka Jerman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd