• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Mungkin Bahagikan Ukraine Seperti Korea Utara & Selatan: Kyiv

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KYIV: Ukraine semalam menyatakan bahawa Russia, yang pasukan tenteranya sedang menghampiri ibu kota Kyiv, mungkin menyasarkan untuk membahagikan negara itu seperti versi Korea Utara dan Selatan.

Ketua Risikan Pertahanan, Kyrylo Budanov, dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan bahawa strategi itu boleh berlaku akibat kegagalan Presiden Russia, Vladimir Putin, untuk ‘menguasai Kyiv dan menggulingkan pemerintah Ukraine’.

“Terdapat sebab untuk percaya bahawa beliau mungkin akan cuba melaksanakan garis pemisah antara daerah yang dikuasai dan tidak dikuasai di Ukraine. Ia satu percubaan untuk menubuhkan Korea Utara dan Selatan di Ukraine,” menurut Budanov.

Dua bahagian Korea itu masih berperang selepas konflik antara 1950 dengan 1953 berakhir dengan perjanjian gencatan senjata dan bukan perjanjian keamanan.

Ini menyebabkan semenanjung itu terbahagi dua dengan sempadan yang sukar untuk direntasi.

Sempadan itu sepanjang empat kilometer di daerah sepanjang 248 kilometer dan dikenali sebagai Kawasan Bebas Tentera (DMZ).

Russia memberi petanda awal minggu ini bahawa ia mungkin menyemak semula tujuannya untuk memberi tumpuan kepada daerah timur Ukraine selepas gagal menewaskan pertahanan negara itu selepas sebulan bertempur dan menyerang orang awam.

“Penceroboh itu akan cuba menubuhkan wilayah sebagai alternatif untuk Ukraine yang merdeka,” menurut Budanov.

“Kami lihat percubaan untuk menubuhkan pemerintah tempatan di daerah-daerah yang dikuasai dan memaksa orang awam supaya berhenti gunakan mata wang Ukraine,” tambahnya.

Budanov menyatakan, Russia mungkin akan cuba menggunakan kedudukan wilayah dikuasai sebagai kad tawar-menawar semasa rundingan.

Pencerobohan Moscow terhadap negara jiran yang bersandar kepada demokrasi kebanyakannya terhambat dengan tiada perkembangan utama baru-baru ini dan pasukan Ukraine berjaya menewaskan pasukan Russia di beberapa daerah.

BHonline-

Tags: membahagikanRussiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd